rmonline4u
 1dollarinvest
TIDAK SALAH MENCUBA...ANDA DAPAT APA YANG ANDA BUAT

Monday, 4 March 2013

Cari Duit Tambahan

Salam,

   Ramai dari kita semua mesti nak cari duit tambahan untuk membantu diri sendiri demi membina kehidupan yang lebih baik.Tetapi ramai juga yang sering gagal dalam pencarian dan akhirnya mengalah kepada keadaan yang menimpa.HARUSKAH kita begini??? Tanyalah pada diri kita semua berapa ramai diantara kita yang sanggup untuk "kais pagi makan pagi, kais malam makan malam"...Tapi itulah hakikatnya.Namun kita semua sebagai umat ISLAM yang telah diajar supaya tidak terlalu mudah berputus asa demi kebaikkan Ugama,Bangsa dan Negara.
   Suka saya katakan disini bahawa apa yang semua orang cari adalah  Kaya dan Popular.Tetapi dalam mencapai apa yang diidamkan pastinya banyak onak dan duri yang wajib ditempuhi.Yang amat kita perlukan disitu ialah ILMU...Tidak kiralah ilmu apa sekalipun tetapi yang penting sekali ialah tentang apa yang hendak kita mulakan untuk mencari duit tambahan.Sudah pastinya ilmu-ilmu berkaitan mencari duit tambahan yang dituntut.
   Ok sebelum bercerita tentang duit tambahan ni ,saya ingin menceritakan serba sedikit tentang diri saya yang konon sibuk gak mencari duit tambahan untuk diri sendiri dan keluarga tersayang. Saya ni seorang yang agak pendiam dan boleh dikatakan kurang upaya ckit coz pernah sebelum ini melakukan pembedahan dibahu dan kureng ckitlah tenaga yang dapat digunakan disitu.Jadi banyak-banyak kerja sambilan yang boleh saya lakukan mestilah yang mudah dan tidak memerlukan terlalu banyak pergerakkkan terUTAMAnya kerja sambilan dari rumahlah .Dimana ianya tidak perlu nak gerak pi mana-mana.Dok kat rumah jer dah boleh cari duit tambahan.TAPI yeke boleh???
   Itulah pesoalannya sekarang BOLEH atau TIDAK BOLEH??? Saya rasa kita boleh renung kembali
tulisan awal saya tadi..Nampak macam senang aje nak cari duit tambahan nih..tapi seringkali kita menemukan jalan buntu.

Apa sebenarnya berlaku?? 
Dimana silapnya?? 
Kena tipu lagi??
Berapa dah perabih $$ nih??
Salah langkahke?? 
Atau diaorang nih TIPU aje??

Dan bermacam-macam lagi bermain dikotak fikiran kita.Pastikan kesalahan orang lain yang kita cari...
Benarkah begitu??? Banyak sangat soalannya ye tak....TETAPI bagi saya yang paling penting kita mesti ada ilmu .Sebabnya dengan adanya ilmu kita tidak akan mudah berputus asa, sebaliknya kita akan sentiasa BANGUN bila jatuh dan terus melangkah kerana kita Percaya dan Yakin bahawa HARAPAN sentiasa ada menanti dihadapan.Pandanglah kehadapan,Perjalanan masih panjang....ILMU lah yang akan membantu kita melalui semua itu.
   Oleh itu "Tuntutlah ILMU Itu Biar Sampai KeNegeri China" maksudnya carilah banyak-banyak ilmu walaupun dengan mengorbankan perjalanan yang jauh ataupun memerlukan perbelanjaan yang besar...
kerana Bertambah susah untuk mendapatkan sesuatu itu,Bertambah besarlah nilai sesuatu itu.....

Sekian dulu bicara saya kali ini untuk Firstamakalinya disini... mudah-mudahan ianya dapat dikongsi bersama.

Salam Hormat dari saya
Nnuar

No comments:

Post a Comment

 Neobux