rmonline4u
 1dollarinvest
TIDAK SALAH MENCUBA...ANDA DAPAT APA YANG ANDA BUAT

Friday 8 March 2013

Cari Duit Online Tanpa Modal

Salam,

   Disini ingin saya kongsi sedikit salah satu cara cari duit dengan tanpa menggunakan modal dan anda akan dibayar dalam nilai USDollar.Yang saya maksudkan disini ialah program "Dibayar Untuk Klik" atau dalam BI dikenali sebagai P-T-C (Pay To Click).

   Program tersebut menawarkan peluang untuk mencari duit tambahan dengan menklik iklan yang diberikan. Dengan hanya melihat iklan anda akan dibayar sehingga $0.02usd untuk setiap iklan dan $0.008usd untuk setiap iklan yang diklik oleh rujukkan anda. Setakat ini saya ada menyertai 2 program P-T-C yang sudah lama terjamin membayar ahli-ahlinya. Cuba skrol terus kebawah, anda akan dapati dua banner iklan iaitu CLIXSENSE dan NEOBUX. Sila klik mana-mana yang anda hendak cuba dan daftar masuk sebagai ahli biasa .

    Setelah proses pendaftaran selesai, bolehlah anda mulakan kerja sebagai pengklik iklan yang di berikan. Ianya sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk selesaikannya. Yang penting anda dikehendakki hari-hari daftar masuk dan klik iklan yang diberikan. Anda juga diberikan beberapa peluang lagi untuk menambah pendapatan anda didalam program tersebut contohnya anda juga berpeluang memenangi beberapa permainan yan akan dibayar jika anda bernasib baik dan tidak salah mencubanya.

   Memang banyak program seperti ini didalam internet. Tapi banyak juga yang menipu semata-mata. Oleh itu berhati-hatilah memilihnya. Buar research terlebih dahulu dan banyakkan membaca info-info yang terdapat didalam berbagai-bagai laman web ataupun blog-blog yang menawarkan peluang menambah pendapatan di internet.

Sekian dulu untuk kali ini "Selamat Mencuba"

Salam Hormat
Nnuar

Tuesday 5 March 2013

Kerja Sambilan Dari Rumah

Salam,

   Bercakap tentang Kerja Sambilan Dari Rumah nih,saya rasa sebenarnya banyak dan mudah untuk mencarinya.Cuma kadangkala kita terlalu memilih ataupun ianya memerlukan modal yang besar dan risiko yang tinggi.Kalau sebut pasal RISIKO atau pun kerugian yang akan kita tanggung ianya sememangnya amat sensitif, bayangkan wang yang kita telah laburkan, penat jerih yang kita korbankan untuk mendapat pulangan akhirnya tinggal kenangan...TAPI untuk diri kita sendiri sajelah.



   Kalau nak dikirakan masa yang kita ambil atau bazirkan dalam semua yang kita buat dimana hasilnya negatif memang akan membuat kita mudah rasa putus asa.Atas sebab-sebab inilah kita sendiri juga kena bijak memilih haluan Kerja Sambilan yang kita nak buat. Lihat pada kecenderungan diri .Pilih arah yang betul..Lakukan sungguh-sungguh..Cekalkan hati pada matlamat anda..Tapi yang paling PENTING kena sentiasa mengingati Tuhan, supaya apa yang kita lakukan akan diberkatiNya.



   Jadikan diri kita sentiasa berfikiran POSITIF kerana itu yang akan banyak membantu kita dalam apa jua yang kita cuba, sedang atau lakukan.Kerja Sambilan yang pernah saya buat ialah bermula dengan modal dibawah RM50 tetapi setakat ini tidak berapa ramai yang berminat dengan kerja sambilan ini kerana ianya perlu banyak membaca..melihat..mencari..merisik..meraba-raba tapi mudah aje kalu kita ikut panduannya yang sebenar.

   Kalau nak tahu bermula dari Kerja Sambilan tersebutlah sehingga kehari ini saya masih lagi meneruskan kerja sambilan tersebut.Cuba KLIK DISINI itulah kerja sambilan dari rumah yang Firstamerkalinya saya buat dan setakat ini memberi juga saya duit tambahan.Semakin hari semakin banyak benda baru yang kita pelajari cuma kita sedar ataupun tidak. Jadi renung-renugkanlah.

Selamat Muhasabah diri..

p/s: Jangan lupa Selawat Keatas Jujungan Besar Nabi Muhammad S.A.W...(kerja sambilanke tetap??)

Monday 4 March 2013

Cari Duit Tambahan

Salam,

   Ramai dari kita semua mesti nak cari duit tambahan untuk membantu diri sendiri demi membina kehidupan yang lebih baik.Tetapi ramai juga yang sering gagal dalam pencarian dan akhirnya mengalah kepada keadaan yang menimpa.HARUSKAH kita begini??? Tanyalah pada diri kita semua berapa ramai diantara kita yang sanggup untuk "kais pagi makan pagi, kais malam makan malam"...Tapi itulah hakikatnya.Namun kita semua sebagai umat ISLAM yang telah diajar supaya tidak terlalu mudah berputus asa demi kebaikkan Ugama,Bangsa dan Negara.
   Suka saya katakan disini bahawa apa yang semua orang cari adalah  Kaya dan Popular.Tetapi dalam mencapai apa yang diidamkan pastinya banyak onak dan duri yang wajib ditempuhi.Yang amat kita perlukan disitu ialah ILMU...Tidak kiralah ilmu apa sekalipun tetapi yang penting sekali ialah tentang apa yang hendak kita mulakan untuk mencari duit tambahan.Sudah pastinya ilmu-ilmu berkaitan mencari duit tambahan yang dituntut.
   Ok sebelum bercerita tentang duit tambahan ni ,saya ingin menceritakan serba sedikit tentang diri saya yang konon sibuk gak mencari duit tambahan untuk diri sendiri dan keluarga tersayang. Saya ni seorang yang agak pendiam dan boleh dikatakan kurang upaya ckit coz pernah sebelum ini melakukan pembedahan dibahu dan kureng ckitlah tenaga yang dapat digunakan disitu.Jadi banyak-banyak kerja sambilan yang boleh saya lakukan mestilah yang mudah dan tidak memerlukan terlalu banyak pergerakkkan terUTAMAnya kerja sambilan dari rumahlah .Dimana ianya tidak perlu nak gerak pi mana-mana.Dok kat rumah jer dah boleh cari duit tambahan.TAPI yeke boleh???
   Itulah pesoalannya sekarang BOLEH atau TIDAK BOLEH??? Saya rasa kita boleh renung kembali
tulisan awal saya tadi..Nampak macam senang aje nak cari duit tambahan nih..tapi seringkali kita menemukan jalan buntu.

Apa sebenarnya berlaku?? 
Dimana silapnya?? 
Kena tipu lagi??
Berapa dah perabih $$ nih??
Salah langkahke?? 
Atau diaorang nih TIPU aje??

Dan bermacam-macam lagi bermain dikotak fikiran kita.Pastikan kesalahan orang lain yang kita cari...
Benarkah begitu??? Banyak sangat soalannya ye tak....TETAPI bagi saya yang paling penting kita mesti ada ilmu .Sebabnya dengan adanya ilmu kita tidak akan mudah berputus asa, sebaliknya kita akan sentiasa BANGUN bila jatuh dan terus melangkah kerana kita Percaya dan Yakin bahawa HARAPAN sentiasa ada menanti dihadapan.Pandanglah kehadapan,Perjalanan masih panjang....ILMU lah yang akan membantu kita melalui semua itu.
   Oleh itu "Tuntutlah ILMU Itu Biar Sampai KeNegeri China" maksudnya carilah banyak-banyak ilmu walaupun dengan mengorbankan perjalanan yang jauh ataupun memerlukan perbelanjaan yang besar...
kerana Bertambah susah untuk mendapatkan sesuatu itu,Bertambah besarlah nilai sesuatu itu.....

Sekian dulu bicara saya kali ini untuk Firstamakalinya disini... mudah-mudahan ianya dapat dikongsi bersama.

Salam Hormat dari saya
Nnuar
 Neobux